Jepun umum nama era baharu

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga mengumumkan nama era baharu Reiwa di pejabat perdana menteri di Tokyo hari ini.- Foto AFP
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga mengumumkan nama era baharu Reiwa di pejabat perdana menteri di Tokyo hari ini.- Foto AFP
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Jepun hari ini mengumumkan nama era imperial baharu yang bakal digunakan apabila Maharaja Akihito turun takhta Chrysanthemum pada akhir bulan ini.

Nama 'Reiwa' yang menandakan keamanan dan keharmonian bakal menggantikan era Heisei yang akan berakhir dalam tempoh sebulan lagi.

Pengumuman nama Reiwa dibuat Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga ketika satu sidang akhbar di pejabat perdana menteri di Tokyo dan nama Reiwa dipilih susulan mesyuarat tertutup oleh sembilan ahli panel termasuk penerima Anugerah Nobel.

Nama tersebut akan kekal digunakan selagi Maharaja Naruhito memerintah.

Pemilihan nama era baharu dibuat mengikut peraturan ketat antaranya, ia harus terdiri dari dua huruf kanji, mudah dibaca dan ditulis, dan tidak menggunakan nama-nama umum mahupun nama empat era terdahulu termasuk Heisei, Showa, Taisho dan Meiji.

Ia mungkin kelihatan aneh kepada orang luar, tetapi pengumuman nama era baharu adalah peristiwa besar di Jepun, ia disambut dengan akhbar edisi khas, pameran kaligrafi dan pesta keraian umum. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!