Kes Covid-19 meningkat kembali di AS

Kes Covid-19 meningkat semula di AS sejak akhir-akhir ini. - Foto Xinhua
Kes Covid-19 meningkat semula di AS sejak akhir-akhir ini. - Foto Xinhua
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) merekodkan kira-kira 5,100 kes baharu Covid-19 pada setiap hari, kata Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), AS, Rochelle Walensky pada Selasa.

Menurutnya, jumlah kes baharu Covid-19 bertambah dua kali ganda sejak awal Mei lalu.

"Jadi, ikuti perkembangan terkini tentang vaksin Covid-19 yang menyediakan perlindungan terbaik," kata Walewnsky pada satu taklimat akhbar seperti dilaporkan oleh AFP.

Walaupun angka harian telah berkurangan dengan ketara sejak krisis memuncak lebih setahun lalu, AS masih merekodkan sebanyak 300 hingga 350 kematian pada setiap hari.

Ia merupakan jumlah yang tidak boleh diterima, kata Anthony Fauci iaitu Ketua Penasihat Perubatan Presiden AS, Joe Biden Anthony Fauci pada taklimat tersebut.

Peningkatan itu dikaitkan dengan kenaikan mendadak varian Omicron BA.4 dan BA.5 yang pertama kali dikesan pada bulan April lalu dan masing-masing mewakili 16 peratus dan 65 peratus daripada virus yang sedang beredar di negara berkenaan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!