Premis judi online diserbu pihak berkuasa
SERDANG - Polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berjaya menumpaskan kegiatan judi online dalam Ops Dadu, semalam.
Taktik hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja masuk ke premis itu terbongkar hasil maklumat dan risikan.
Ketua Operasinya, Asisten Superintendan Rozam Effandy Raslee berkata, premis yang beroperasi secara haram sejak dua bulan lalu diawasi menggunalan pintu kebal serta kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.
"Seorang lelaki merupakan penjaga berusia 43 tahun ditahan dalam operasi ini.
"Polis merampas empat unit tablet, sebuah modem dan wang tunai RM150," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, premis terbabit juga menawarkan pertaruhan serendah RM10.
"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!