Warga emas terjatuh, kepala tersangkut kerusi plastik

Anggota bomba semasa menjalankan kerja-kerja mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit.
Anggota bomba semasa menjalankan kerja-kerja mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit.
A
A
A

KLANG - Seorang warga emas terpaksa mengharungi detik cemas apabila kepalanya tersangkut pada sebuah kerusi plastik selepas terjatuh di rumahnya di Taman Seri Puteri Meru di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa pada jam 12.18 tengah hari.

"Sampai di lokasi pasukan penyelamat mendapati seorang warga emas berumur 78 tahun telah terbaring di lantai dan kepalanya telah tersangkut pada kerusi plastik.

"Mangsa ditemui dalam keadaan sedar tetapi tidak bermaya. Mangsa yang tinggal bersendirian dipercayai terjatuh sebelum tersangkut pada kerusi tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hafisham berkata, pasukan penyelamat mengambil masa empat minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit.

Katanya, wanita berusia 78 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!