Empat maut nahas babit tujuh kenderaan

Kemalangan yang melibatkan tujuh kenderaan dekat Ipoh pada Rabu. - Foto media sosial
Kemalangan yang melibatkan tujuh kenderaan dekat Ipoh pada Rabu. - Foto media sosial
A
A
A

IPOH - Empat maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini pada Rabu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 3.02 petang melibatkan enam kereta dan sebuah treler.

Menurutnya, kemalangan telah mengakibatkan empat mangsa dengan tiga daripadanya wanita tersepit.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya telah dihantar ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa.

"Pegawai perubatan yang hadir ke lokasi mengesahkan kesemua mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Kesemua mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 4.16 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!