20 maut, berpuluh cedera bas terbakar di Peru

Pegawai polis berada di lokasi kejadian sebuah bas dua tingkat yang terbakar dan meragut 20 nyawa dan mencederakan berpuluh yang lain. - Foto AFP
Pegawai polis berada di lokasi kejadian sebuah bas dua tingkat yang terbakar dan meragut 20 nyawa dan mencederakan berpuluh yang lain. - Foto AFP
A
A
A

LIMA - PERU. Sekurang-kurangya 20 orang maut manakala berpuluh yang lain cedera dalam insiden bas terbakar di Terminal Pengangkutan Fiori di daerah San Martin de Porres, Lima.

Beberapa mangsa yang maut dilapor terperangkap di bahagian atas bas dua tingkat yang terbakar itu.

Laporan awal berkata, masalah elektrikal di bahagian belakang bas sebagai punca insiden yang berlaku sekitar jam 7.30 malam waktu tempatan,semalam .

"Insiden bas terbakar terbabit menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang maut," kata seorang pegawai bomba, Lewis Mejia, tanpa memaklumkan jumlah sebenar penumpang yang berada dalam bas berkenaan yang dijadual menuju ke bandar Chiclayo ketika insiden terjadi.- AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!