Tuduhan liar terhadap kerajaan, KDN ambil tindakan tegas

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan liar bahawa kerajaan sedia ada tidak cakna mengenai kedudukan agama Persekutuan dan anti-Melayu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengekang perkara ini.

"Bagi kami sekiranya tuduhan amat melampau dan boleh jejaskan ketenteraman awam dan timbulkan kesan buruk kepada masyarakat kita tidak boleh berdiam diri.

"Tindakan undang undang sedia ada sama ada peruntukan untuk membolehkan kita saman, kita akan ambil selain itu kita boleh ambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya menjawab soalan tambahan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat, semalam.

Fahmi bertanyakan sama ada kerajaan akan mengambil tindakan terhadap pelaku yang membuat tuduhan bahawa Kerajaan PH sekarang ini anti-Islam dan Melayu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, apa pun keadaan, pihaknya akan sentiasa membuat pantauan.

'Kita perlu pantau kerana kalau tidak buat begitu keadaan akan melarat dan kesannya pada negara tidak baik apapun kita akan teliti," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!