Ozil sertai Istanbul Basaksehir

Ozil
Ozil
A
A
A

BEKAS pemain tengah Jerman, Mesut Ozil sah dilepaskan oleh pencabar dari liga Turkiye, Fenerbahce.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Fenerbahce dalam satu kenyataan yang memberitahu keputusan tersebut dibuat persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak.

“Kontrak antara kelab dan Mesut Ozil sudah ditamatkan atas persetujuan bersama oleh kedua-dua pihak.

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Ozil,” kata Fenerbahce.

Bagaimanapun, kurang setengah jam selepas disahkan meninggalkan Fenerbahce, Ozil diumumkan sebagai pemain terbaharu Istanbul Basaksehir apabila menandatangani perjanjian baharu bersama kelab tersebut

Istanbul Basaksehir berharap pemain itu menampilkan yang terbaik di Stadium Fatih Terim selepas tidak tampil dalam liga profesional Turkiye, Super Lig bersama Fenerbahce sejak 20 Mac.

Untuk rekod, Ozil tampil dalam 36 perlawanan bersama Fenerbahce dan berjaya menjaringkan sembilan gol dan tiga bantuan gol.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!