Mayat dalam plastik sampah depan sekolah

No Image Caption
A
A
A

PUCHONG - Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila bungkusan plastik hitam disangka sampah rupa-rupanya mengandungi mayat dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 1 Bandar Kinrara, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, mayat yang belum dikenal pasti jantinanya itu ditemui di tepi sebuah kedai di hadapan sekolah berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, polis percaya mayat tersebut merupakan seorang dewasa dan ia ditemukan dalam keadaan dibungkus dalam plastik jernih dan kain selimut.

“Pasukan Forensik Selangor telah dipanggil untuk membuat siasatan lanjut dan mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Ismadi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!