Isteri pertama Donald Trump meninggal dunia
WASHINGTON - Bekas isteri Donald Trump, Ivana Trump, meninggal dunia pada usia 73 tahun, lapor Sputnik
"Saya dengan penuh kesedihan saya maklumkan kepada semua yang menyayanginya, bahawa Ivana Trump telah meninggal dunia di rumahnya di New York City.
"Beliau seorang wanita yang hebat, cantik dan mengagumkan, serta menjalani kehidupan yang hebat dan penuh inspirasi,” kata Trump di media sosial.
Ivana Trump, dilahirkan di Czechoslovakia dan merupakan seorang model ketika bertemu dengan bekas presiden Amerika Syarikat itu pada 1976.
Pasangan itu berkahwin pada 1977 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Eric Trump, Ivanka Trump, dan Donald Jr Trump.
Rumah tangga pasangan itu mendapat liputan di seluruh dunia termasuk kes perceraian mereka pada 1992.
Ivana juga memainkan peranan utama membangunkan Organisasi Trump, dan dilantik naib presiden eksekutif untuk reka bentuk dalaman, fesyen dan produk kecantikan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!