PKR perlu hati-hati gagasan khemah besar

Para perwakilan yang hadir sempena Kongres Nasional Tahunan AMK 2021 & 2022 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Jumaat. - Foto Asril Aswandi Shukor
Para perwakilan yang hadir sempena Kongres Nasional Tahunan AMK 2021 & 2022 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Jumaat. - Foto Asril Aswandi Shukor
A
A
A

SHAH ALAM - Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa agar berhati-hati dengan gagasan khemah besar yang disuarakan dalam Pakatan Harapan (PH).

Pembahas Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari Sabah, Mohd Raffi Jamaluddin berkata, ini disebabkan visi dan misi PH adalah ke arah perjuangan rakyat.

“Kita ada maruah dan kekuatan sendiri. Jangan disebabkan gagasan khemah besar, kita bukan lagi dilihat membela rakyat tapi membolot kuasa.

“Saya sebagai anak muda kurang senang mendengar ada ahli parti yang sibuk dalam gagasan khemah besar sehingga mengabaikan faktor perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Kongres Nasional Tahunan AMK 2021 & 2022 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Jumaat.

Mohd Raffi menambah, pihaknya mahu PKR dilihat sebagai parti yang membela rakyat.

“Saya tegaskan sekali lagi, parti kita ini bukan gila kuasa, bukan seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kita pernah merasai berada di paling bawah, kita pernah juga merasai berada di paling atas tetapi jangan lalai dengan kuasa yang diberi oleh rakyat kerana rakyat juga yang akan menjatuhkan kita sekiranya kita lalai memberi perkhidmatan kepada rakyat,” tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!