Babak panas bersama Syafiq Kyle: Azar Azmi sedia dikecam

Pelakon Nur 2, Azar Azmi
Pelakon Nur 2, Azar Azmi
A
A
A

ESOK drama yang paling dinantikan Nur 2 bakal disiarkan di kaca TV. Nama Azar Azmi dijangka sekali lagi menjadi bualan ramai apabila bakal tampil menerusi watak panas sebagai pelacur bernama Juita di dalam drama tersebut.

Azar mengakui bersedia berdepan kecaman netizen. Apatah lagi terdapat terdapat beberapa babak panas melibatkan dirinya dengan pelakon utama drama tersebut, Syafiq Kyle.

“Apa yang saya tampilkan adalah demi memenuhi tuntutan watak sahaja. Kalau selepas ini ada yang nak kecam atau benci saya kerana watak tersebut, terpulanglah.

“Saya faham watak-watak sebegitu memang mudah membuka ruang kepada kecaman, namun dari sudut positifnya saya mengharapkan orang ramai akan mendapat mesej penting yang disampaikan.

“Saya tak kisah dengan kecaman kerana sudah bersedia dengan situasi itu. Malah sekarang pun saya dah kena kecam biarkan drama tersebut masih belum disiarkan. Bagi saya kecaman itu mungkin petanda kejayaan saya merealisasikan peranan itu,” kata Azar.

Menafikan anggapan sesetengah pihak yang merasakan dirinya dieksploitasi, selain ia menjadi jalan mudah untuknya lebih dikenali, Azar punya pandangannya sendiri.

“Kalau saya nak dikenali kerana kontroversi, tidak perlulah saya menunggu masa selama 10 tahun untuk berbuat demikian.

“Apa pun watak yang dijayakan, saya memang sentiasa cuba memberikan komitmen seratus peratus demi memenuhi tuntutan watak. Selagi ia tidak melampaui batas yang sepatutnya, tidak ada sebab untuk saya menolak.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak rasa diri dieksploitasi kerana apa yang ditampilkan menerusi watak Juita ini adalah bertepatan dengan karakter yang telah ditetapkan. Mungkin ada penampilan yang sedikit berani, tetapi takkanlah mahu pakai baju kurung pula untuk watak sebegitu?

“Lagi pun apa yang disaksikan di kaca TV itu, tidak semestinya sama dengan apa yang sebenar kami kami lakukan ketika penggambaran berlangsung kerana ada teknik kamera yang digunakan selain kreativiti pengarah dalam mengolah babak terbabit,” jelas Azar.

Menyentuh tentang populariti mendadak yang diterima sehingga nama menjadi perhatian ramai, kata Azar, dia mengharapkan situasi itu tidak melekakan dirinya, sebalik memberikan semangat untuk lebih bekerja keras pada masa akan datang.

“Terkejut juga dengan penerimaan orang terhadap saya sekarang. Dulu tiada siapa pun yang ambil tahu tentang apa yang saya lakukan menjadikan saya lebih mudah untuk fokus pada kerja sahaja.

“Sekarang ini lain pula bila ada yang mula nak kenal saya lebih dekat sampai mereka cari balik semua informasi tentang saya termasuk masa zaman masuk Dewi Remaja dulu.

“Lucu pun ada, tetapi saya menghargai sokongan mereka tunjukkan. Apa yang penting saya akan tetap menjadi diri saya sendiri dan buat kerja macam biasa sebagaimana sebelum ini,” tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!