Demokrasi dan Hari Kesatuan Turkiye

Rakyat turut menentang cubaan rampasan kuasa pada di Turkiye pada Julai 2016.
Rakyat turut menentang cubaan rampasan kuasa pada di Turkiye pada Julai 2016.
A
A
A

SEMALAM merupakan ulang tahun keenam peristiwa berdarah cubaan kudeta di Turkiye.

Organisasi Pertubuhan Pengganas Fetullahist (FETO) dan ketuanya Fethullah Gülen mendalangi rampasan kuasa yang berjaya dipatahkan pada 15 Julai 2016, di mana 251 orang terbunuh dan 2,734 cedera.

Ia merupakan serangan pengganas paling kejam dan korban paling ramai pernah dialami oleh Turkiye.

Anggota FETO yang mempunyai makar (tipu daya, akal muslihat) jahat telah menyusup masuk ke dalam Angkatan Bersenjata Turkiye dan institusi negara kami selama beberapa dekad lamanya, telah meninggalkan parut yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah Turkiye.

Ambassador Emir Salim Yuksel
Ambassador Emir Salim Yuksel

Mereka menyerang dan mengancam Presiden yang dipilih secara sah, kerajaan, Parlimen, demokrasi, perpaduan dan aspirasi rakyat Turkiye.

Semasa cubaan rampasan kuasa tersebut, ribuan anggota bersenjata FETO yang menyusup itu telah menggunakan 35 jet pejuang, 37 helikopter, 74 kereta kebal, 246 kenderaan berperisai dan hampir 4,000 senjata.

Mereka merosakkan Bangunan Kompleks Presiden, Dewan Besar Kebangsaan Turkiye (Bangunan Parlimen Turkiye), Pusat Organisasi Perisikan Kebangsaan,

Direktorat Keselamatan (Polis) Ankara, Jabatan Operasi Khas Direktorat Keselamatan dan bangunan awam strategik lain serta telah menyekat lalu lintas di Jambatan Bosphorus Istanbul dengan beberapa buah kereta kebal.

Organisasi pengganas FETO menjalankan operasi yang penuh kezaliman pada malam tersebut.

Sebagai contoh, seorang ahli organisasi pengganas FETO, yang secara perseorangan telah mengebom bangunan Parlimen Turkiye dengan jet yang diterbangkannya pada malam rampasan kuasa itu dan dengan berani mengaku dalam keterangannya bahawa: “...saya menghampiri koordinat yang ditentukan atas arahan (FETO), saya kekal pada sasaran seperti diarahkan, menekan butang bom pada kayu bedik, melepaskan bom panduan laser (LGB) di bawah sayap kiri lalu segera meninggalkan lokasi...”

Rakyat jelata yang tidak bersalah turun ke jalanan tanpa sebarang senjata tetapi berbekalkan bendera di tangan dan semangat patriotisme, cinta bangsa dalam hati mereka untuk mempertahankan negara dan demokrasi milik mereka untuk menentang percubaan rampasan kuasa pada malam itu telah dibunuh dan dicederakan tanpa hati perut.

Rakyat jelata turun ke jalanan berbekalkan bendera di tangan dan semangat patriotisme untuk pertahankan negara bagi menentang percubaan rampasan kuasa yang berjaya dipatahkan pada Julai 2016.
Rakyat jelata turun ke jalanan berbekalkan bendera di tangan dan semangat patriotisme untuk pertahankan negara bagi menentang percubaan rampasan kuasa yang berjaya dipatahkan pada Julai 2016.

Malah, pengganas FETO telah menyekat ambulans daripada merawat atau mengambil mayat rakyat yang gugur syahid.

Semua bukti mahkamah yang dikumpul setakat ini sepanjang penyiasatan dan perbicaraan menunjukkan bahawa serangan pengganas paling berdarah dalam sejarah negara kami didalangi oleh organisasi pengganas FETO di bawah arahan ketuanya Fethullah Gülen.

Namun, pasti ada yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya FETO?

Organisasi pengganas FETO memulakan aktivitinya di bawah pimpinan Fethullah Gülen yang mengaku dirinya sendiri seorang ulama dan telah menanam makar jahat sejak 1970-an untuk mencapai matlamatnya dengan menunggang agama dan mempergunakan sentimen keagamaan rakyat Turkiye.

Organisasi pengganas itu memberi tumpuan indoktrinasi terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja usia sekolah.

Struktur organisasi FETO telah disediakan melalui buku Fethullah Gülen dan ceramah-ceramahnya. Kemudian, sejak awal 1990-an, mereka mula beroperasi hampir di 170 negara di seluruh dunia.

Objektif FETO adalah untuk mewujudkan pemerintahan negara totalitarian berdasarkan oligarki jemaah mereka dan menjadi kuasa politik dan ekonomi yang berkesan di peringkat antarabangsa.

Pemimpin FETO ialah Fethullah Gülen yang berpangkalan di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Struktur hierarkinya lebih ketat daripada organisasi pengganas lain yang diketahui.

Sumber manusia yang paling penting bagi FETO ialah pelajar yang dibesarkan di institusi pendidikan jemaah mereka dan beberapa bakat yang disusun dalam jemaah FETO daripada semua lapisan masyarakat.

Pelajar dalam kelas sekolah rendah dan menengah yang dipilih daripada sekolah FETO telah diserap masuk ke dalam organisasi pengganas ini melalui program-program indoktrinasi dan 'pembasuhan otak', dengan membuat mereka mendengar video dan ceramah-ceramah Fethullah Gülen, dan mendengar sesi-sesi membaca bukunya di asrama dan rumah milik ahli FETO setiap hari.

Ahli FETO yang telah 'dibasuh otak' telah didoktrin agar mempercayai bahawa Fethullah Gülen adalah orang suci bermaqam tinggi yang mempunyai gelaran seperti "mahdi", "orang soleh", dan bahawa dia bertemu dan bercakap dengan Nabi Muhammad setiap minggu.

Mereka telah disogokkan dengan kisah-kisah mimpi Fethullah Gülen, cerita-cerita karut yang jauh dari realiti untuk memastikan mereka memberikan ketaatan mutlak tanpa belah bahagi kepada organisasi FETO dan pemimpinnya, Fethullah Gülen.

Selain itu, bagi membentuk dan meraih sokongan pandangan umum, membentuk persepsi politik, sosial bahkan mempengaruhi dan memberi tekanan kepada proses kehakiman negara selaras dengan kepentingan peribadinya, Fethullah Gülen telah mewujudkan saluran televisyen, stesen radio, akhbar, majalah dan laman web.

Kini, tindakan undang-undang telah diambil terhadap saluran-saluran media ini mengikut proses kehakiman dan undang-undang yang sah.

Walaupun enam tahun selepas peristiwa berdarah percubaan rampasan kuasa gagal, penyiasatan dan percubaan ke atas aktiviti FETO masih diteruskan di seluruh Turkiye.

Keputusan Mahkamah Rayuan Tinggi mengesahkan bahawa tidak seperti organisasi pengganas lain yang menggunakan taktik keganasan konvensional, FETO telah menyusup dalam kalangan birokrat berpangkat tinggi negara, merosakkan negara dari dalam dengan bergerak dan menyusup dengan prinsip "kerahsiaan sepenuhnya".

Berdasarkan fakta ini, dapat dilihat bahawa FETO bukan sahaja ancaman utama bagi Turkiye, tetapi juga ancaman untuk keselamatan negara di mana sahaja negara yang mereka beroperasi di dalamnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!