Kongres PKR: Perwakilan PKR Kedah meninggal dunia

Allahyarham Hashim Yusoff
Allahyarham Hashim Yusoff
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Merbok, Kedah yang sepatutnya menghadiri Persidangan Kongres Nasional Tahunan ke-16, meninggal dunia di sini, pada awal pagi Sabtu.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap dalam persidangan tersebut.

"Pada jam 3 pagi, seorang pewakilan dari Merbok menghembuskan nafas akhir (meninggal dunia) setibanya di hotel.

"Allahyarham Hashim Yusoff merupakan aktivis awal sejak tahun 1999. Mohon bacakan Al-Fatihah," katanya.

Sementara itu, Facebook rasmi PKR Kedah memaklumkan jenazah Allahyarham dibawa ke Hospital Klang dan akan dihantar pulang ke Sungai Petani pagi ini.

Bagaimanapun setakat ini tidak dinyatakan punca kematian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!