Padah curi produk kosmetik

Kedua-dua tertuduh akan menjalani hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama empat jam sehari untuk tempoh 3 bulan.
Kedua-dua tertuduh akan menjalani hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama empat jam sehari untuk tempoh 3 bulan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Gara-gara mencuri barangan kosmetik bernilai RM150, dua sahabat dijatuhi hukuman penjara 3 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.

Bagaimanapun, Majistret Abdul Hayyi Salim memerintahkan agar hukuman penjara kedua-dua tertuduh iaitu Mohamad Ridzwan Mohamad Nor, 23, dan rakannya, Rashidah Jusoh, 22, digantikan dengan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama empat jam sehari untuk tempoh 3 bulan.

Keputusan itu dibuat setelah kedua-dua tertuduh mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan terhadap mereka dibacakan, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Berdasarkan PKW, mahkamah boleh memerintah pesalah untuk menjalani apa-apa kerja buruh, tugas, kerja atau kursus pengajaran yang diperintah oleh Pegawai Kehadiran Wajib.

Bagaimanapun, jika mereka gagal mematuhi PKW itu, mereka akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi dan dikenakan hukuman asal.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mencuri dua botol pencuci mekap Loreal, dua botol kosmetik Rinmel, satu deodoran Nivea dan sebotol pewangi Dashing bernilai RM150 di sebuah kedai di Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, di sini, antara jam 7.15 hingga 7.30 malam pada 26 Mac lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!