Ten Hag berang dengan barisan pertahanan United
PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag nyata kecewa dengan barisan pertahannya meskipun berjaya melakar kemenangan besar 4-1 keatas kelab A-league, Melbourne Victory dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung pada Sabtu.
Menurut ten Hag, gol awal yang berjaya diraih oleh Melbourne itu bukan berpunca daripada kesilapan individu, sebaiknya beliau berpendapat ia lebih kepada kesilapan berpasukan.
“Saya tidak mahu bercakap berkenaan inidividu kerana ia masih terlalu awal. Jika saya buat pilihan yang salah akan berlaku situasi kucar kacir disini.
“Namun gol awal yang berjaya dihasilkan oleh Melbourne sebenarnya bukan berpunca daripada hanya satu pemain. Tetapi ia lebih kepada salah pasukan,” katanya.
Tambah ten Hag, dia berharap dengan ketibaan pemain baharunya, Lisandro Martinez dari Ajax, ia sedikit sebanyak mampu memperkuatkan benteng pertahanan United.
Pada aksi yang berlangsung di Melbourne Cricket Ground, United dikejutkan dengan gawang dibolosi seawal minit kelima menerusi jaringan pemain tengah Melbourne, Chris Ikonomidis selepas memanfaatkan hantaran lintang Ben Folami.
Bagaimanapun, United berjaya bangkit hasil jaringan Scott McTominay, Anthony Martial, Marcus Rashford dan gol sendiri pemain Melbourne sekaligus meneruskan rentak kemenangan dibawah kendalian ten Hag.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!