Juruterbang maut pesawat terhempas

No Image Caption
A
A
A

LISBON - Seorang juruterbang maut selepas pesawat dipandunya terhempas ketika menyertai misi memadamkan kebakaran di perbandaran Vila Nova de Foz Coa di Portugal, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan.

Pejabat Penyiasatan dan Pencegahan Kemalangan Pesawat dan Kereta Api telah melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas itu.

Presiden, Marcelo Rebelo de Sousa turut melahirkan rasa sedih dengan insiden itu.

Portugal diancam kebakaran berikutan suhu panas mencecah lebih 45 darjah Celsius melanda beberapa bahagian di negara ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!