Jawatan Perdana Menteri bukan segalanya dalam politik

ISHAM
ISHAM
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menerima hakikat kuasa dan jawatan bukanlah segala-galanya dalam politik.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, sebenarnya sudah banyak kali Anwar terlepas menjadi Perdana Menteri bukannya dua kali seperti yang didakwanya hari ini.

“Kamu pun macam Muhyiddin dan Mahathir juga, hari-hari pikir soal jawatan dan kuasa mahu jadi Perdana Menteri sahaja,” katanya menerusi facebook pada Sabtu.

Isham dalam pada itu turut menasihatkan Ketua Pembangkang itu agar tidak menjadi gila kuasa sebalik perlu membantu rakyat yang sedang susah.

“Bantu rakyat dulu, soal jawatan itu kemudian,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jika ALLAH SWT izinkan jawatan yang diimpikan tidak akan ke mana namun jika tidak diizinkan sudah ketentuan bukan rezeki.

Berucap pada Kongres Nasional PKR pada Sabtu, Anwar berkata, beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri pada September 2020 selepas majoriti Ahli Parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokongnya menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa terpaksa melupakan hasratnya menjadi Perdana Menteri setelah diminta memberi jaminan kepada beberapa tokoh penting dalam Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk menutup kes mahkamah mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!