Influenza: KKM sedia tambah katil hospital

Khairy Jamaluddin berucap pada Program Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah hari ini. - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin berucap pada Program Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Kementerian Kesihatan sedia menambah bilangan katil sekiranya berlaku peningkatan kemasukan pesakit ke hospital.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kementerian akan memastikan bekalan ubat-ubatan di pasaran adalah mencukupi.

"Kita sedang bersiap siaga menambah kapasiti katil, kita pernah buat dahulu untuk Covid-19 dan sekiranya perlu kita buat untuk kes-kes influenza ini.

"Tetapi satu peringatan, ini untuk Covid-19 dan influenza, pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dan tertutup mungkin diteruskan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Perak dan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan di Meru Raya di sini pada Sabtu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kanan,duduk) bersama Khairy Jamaluddin (dua,kanan) ketika sesi temu bual bersama Perak FM pada Program Pelancaran Jelajah ANMS) Peringkat Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah hari ini. - Foto Bernama

Menurutnya, bekalan ubat batuk, demam dan selesema berkurangan di pasaran berikutan pembelian tidak mengikut keperluan.

"Permintaan ubat-ubat ini meningkat antaranya paracetamol yang sukar didapati berikutan ketika gelombang Covid-19, semuanya membeli bukan untuk kegunaan tetapi disimpan.

"Faktor kedua ada peningkatan kes-kes demam. Jadi kita minta orang ramai jika ke farmasi belilah ubat untuk keperluan sahaja," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!