Isteri Exco Kelantan meninggal dunia

Allahyarhamah Wan Norihan Wan Ab Rahman
Allahyarhamah Wan Norihan Wan Ab Rahman
A
A
A

KOTA BHARU - Isteri kepada Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.55 petang Sabtu.

Allahyarhamah Wan Norihan Wan Ab Rahman menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Pegawai Khas kepada Wan Roslan, Anas Karimi Ahmad berkata, Allahyarhamah mengalami masalah paru-paru berair selepas Aidilfitri.

"Allahyarhamah juga sebelum ini baru selesai menjalani pembedahan pintasan di sebuah hospital swasta sebelum dipindahkan ke HUSM," katanya.

Jenazah Allahyarhamah Wan Norihan akan dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Kutan malam ini.

Susulan itu, Facebook Wan Roslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor dihujani ucapan takziah daripada pemimpin negeri termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!