Chelsea ikat Koulibaly selama empat tahun
PEMAIN kebangsaan Senegal, Kalidou Koulibaly sah menjadi milik Chelsea selepas kelab itu melengkapkan perpindahan £32 juta (RM168.8 juta) dari Napoli.
Pemain berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun di Stamford Bridge yang menyaksikan dia akan kekal sekurang-kurangnya hingga tahun 2026.
“Saya sangat gembira berada di sini, bersama pasukan ini. Chelsea merupakan sebuah kelab yang besar di dunia dan sememangnya adalah menjadi impian saya sentiasa untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Ketika pertama kali kelab ini, cuba mendapatkan saya pada tahun 2016 mereka tidak berjaya. Bagaimanapun apabila mereka berjumpa sekali lagi pada tahun ini, saya terima kerana mereka benar-benar mahukan saya datang ke EPL dan beraksi untuk mereka.
“Malah perpindahan ini menjadi semakin mudah, apabila saya bercakap dengan rakan baik di Chelsea iaitu, Edou (Mendy) dan Jorginho,” katanya.
Untuk rekod, Koulibaly sebelum ini pernah melakukan 317 penampilan bersama Napoli selepas menyertai kelab Serie A itu pada tahun 2014.
Sepanjang tempoh itu, pemain itu berjaya memenangi dua trofi bersama Napoli dan pernah berada dalam pasukan tahunan terbaik Serie A sebanyak empat kali selain dinobatkan sebagai tonggak pertahanan terbaik liga Itali pada musim 2018-2019.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!