Didenda kerana bekal bahan api roket tercemar ke angkasa

Gambar fail menunjukkan roket milik SpaceX, Falcon 9 berlepas ke ISS pada 30 Mei 2020. - Foto Xinhua
Gambar fail menunjukkan roket milik SpaceX, Falcon 9 berlepas ke ISS pada 30 Mei 2020. - Foto Xinhua
A
A
A

HOUSTON - Sebuah mahkamah di Texas, Amerika Syarikat (AS) mendenda syarikat petrolium cecair, Anahuac Transport sebanyak AS $275,000 (RM1.2 juta) baru-baru ini.

Ini adalah kerana ia membekalkan bahan api tercemar yang digunakan dalam pelancaran roket ke angkasa lepas oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Hakim Daerah di Texas, Alfred H Bennett turut mengarahkan syarikat itu berada dalam pemerhatian selama tiga tahun.

Ia juga dilarang daripada mendapatkan kontrak kerajaan persekutuan selama dua tahun.

Syarikat itu sebelum telah didapati bersalah oleh sebuah mahkamah melakukan perbuatan tersebut sebelum ini pada bulan Februari lalu.

Anahauc Transportation menghantar bahan api roket dalam treler yang tercemar ke agensi angkasa AS itu, yang telah ditetapkan untuk digunakan oleh SpaceX milik lelaki paling kaya di dunia, Elon M semasa pelancaran roketnya ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Ia melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2020.

Jika SpaceX menggunakan bahan api yang tercemar itu, ia turut melibatkan penerbangan dua kru pertamanya ke ISS pada 30 Mei 2020.

Misi ini menyaksikan angkasawan NASA, Bob Behnken dan Doug Hurley terbang dengan menggunakan roket yang dilancarkan buat pertama kalinya dari AS ke ISS dalam tempoh hampir 10 tahun.

Untuk mengelakkan pencemaran, Anahuac Transport dikehendaki memastikan treler tangki yang digunakan sebelum ini tidak mengandungi bahan kimia tertentu yang mungkin mempunyai tindak balas buruk dengan bahan api.

Bagaimanapun, firma itu didapati memalsukan dokumen berhubung isu tersebut.

Namun, Jabatan Kehakiman AS tidak mendedahkan jika bahan api yang tercemar itu menyebabkan sebarang masalah dalam pelancaran roket ke angkasa lepas dalam tempoh lapan tahun. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!