Lelaki tembak mati tiga orang di pusat beli-belah

Kejadian tembakan rambang berlaku di Greenwood Mall Park, selatan Indianapolis pada Ahad. - Foto AP
Kejadian tembakan rambang berlaku di Greenwood Mall Park, selatan Indianapolis pada Ahad. - Foto AP
A
A
A

GREENWORD - Tiga orang mati manakala dua lagi cedera akibat ditembak oleh seorang lelaki dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di selatan bandar raya Indianapolis, pada Ahad.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki bersenjatakan raifal melepaskan tembakan di medan selera dan membunuh orang awam.

Ketua Polis Greenwood, Jim Ison berkata, lelaki berkenaan memasuki Greenwood Park Mall dengan senjata raifal dan peluru lalu melepaskan tembakan di medan selera.

Menurutnya, seorang orang awam yang bersenjata kemudian membunuh penembak tersebut.

Secara keseluruhan, empat orang terbunuh dan dua lagi cedera.

Anggota-anggota pihak berkuasa menggeledah pusat beli-belah untuk mencari mangsa lain tetapi mereka percaya kejadian tembakan itu hanya berlaku di medan selera.

Dalam pada itu polis merampas beg galas mencurigakan yang berada di dalam bilik mandi berhampiran medan selera itu, kata Ison.

Polis Metropolitan Indianapolis dan beberapa agensi lain sedang membantu dalam penyiasatan kejadian itu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!