Binder azam berikan aksi terbaik

Binder mahu catat kemenangan minggu ini. - Foto Motorsports
Binder mahu catat kemenangan minggu ini. - Foto Motorsports
A
A
A

WALAUPUN masih terkejut apabila dialihkan berlumba ke kategori MotoGP daripada Moto3, namun pelumba RNF Yahama, Darryn Biender berazam memberikan aksi terbaik pada Grand Prix (GP) Motorrad Von Osterrieich di Litar Red Bull bermula Khamis ini.

Menurut Binder, dia akan cuba memberikan aksi terbaik dan membiasakan diri dengan jentera MotoGP berkenaan pada perlumbaan minggu ini.

“Kalau ditanya, memang sesuatu mengejutkan buat saya apabila dipilih ke saingan MotoGP daripada saingan Moto3.

“Ia satu ‘peralihan’ yang besar buat saya dan banyak lagi yang perlu dipelajari terutama bagi mengendalikan jentera MotoGP.

“Saya tidak menjanjikan apa-apa kerana hanya mahu memberikan yang terbaik untuk pasukan RNF Yamaha,” katanya.

Untuk rekod, Binder merupakan pelumba Afrika Selatan pertama yang dipilih secara terus daripada kategori Moto3 untuk beraksi dalam saingan MotoGP, selepas Jack Milner pada musim 2015 lalu.

Difahamkan, pemilihan Binder dibuat apabila pelumba berkenaan dilihat mempamerkan aksi cemerlang musim ini dengan menamatkan GP Indonesia pada kedudukan ke-10 di sebalik cuaca hujan dan tempat ke-12 di GP Catlunya, Sepanyol, 5 Jun lalu.

Keputusan itu dilihat agak baik kerana Binder secara tidak langsung telah beraksi dengan rakan sepasukan, Franco Morbidelli dan pelumba Ducati, Jack Miller.

Malah, Binder turut berkongsi 10 mata dengan rakan sepasukan, Andrea Dovizioso dalam kedudukan kejuaraan dunia.

Sementara itu, Binder menegaskan dia berazam untuk terus memberikan aksi terbaik pada baki saingan dan menamatkan musim ini dengan berada pada kedudukan yang lebih baik.

“Minggu ini saya akan melalui satu lagi perlumbaan besar dan mahu mengumpulkan mata secukupnya bagi melonjakkan lagi kedudukan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!