Kelantan kembali terajui Liga Premier
KELANTAN FC kembali menerajui takhta Liga Premier apabila memintas Terengganu FC (TFC) II selepas menjinakkan UiTM FC, 1-0 dalam perlawanan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu pada Isnin.
Tiga mata diperolehi skuad kendalian Rezal Zambery Yahya itu membolehkan The Red Warriors (TRW) mengungguli liga dengan 25 mata selepas mengharungi 10 perlawanan.
TFC II kendalian Badrul Afzan Razali pula di kedudukan kedua dengan 23 mata selepas mengharungi 12 perlawanan sambil diekori rapat ketiga Johor Darul Ta'zim (JDT) II dengan 21 mata.
Babak pertama menyaksikan TRW menguasai rentak, namun deretan percubaan gagal diterjemahkan rangkaian penyudah dalam bentuk jaringan.
Bersambung babak kedua, tuan rumah memperkemaskan permainan kembali mengasak akhirnya berjaya memperoleh gol dicari hasil jaringan Syed Sobri Syed Mohd pada minit ke-76.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!