Belum ketemu jodoh tidak semestinya tidak bahagia
Beliau berkata, soal kegembiraan seseorang bukan ditentukan oleh perkahwinan.
"Ia (perkahwinan) itu satu daripada naluri, kehendak dan kehidupan. Perkahwinan bukan perkara wajib.
"Ada orang diberi kesempatan untuk berkahwin dan ada juga sebaliknya. Contoh terdekat ialah Nabi Isa, Imam Nawawi Al-Azhar dan alim ulama yang lain. Tetapi mereka tetap hidup bahagia," katanya kepada Femina.
Menurutnya, ukuran bahagia itu bukan terletak pada jodoh itu cepat atau lambat tetapi ia terletak kepada diri sendiri bagaimana untuk mengawal dan mengendalikan nafsu.
Hassan Mahmood mengingatkan mereka yang belum bertemu jodoh agar tidak bersedih dan berasa terpencil daripada pandangan masyarakat.
"Ingat, wanita yang masih bujang sebenarnya ALLAH beri peluang kepada mereka untuk cari ilmu dan buat lebih amalan.
"Ketika bujang ini, carilah ilmu dan buatlah sepenuh amal sebagai bekalan untuk akhirat nanti. Inilah hikmahnya bila ALLAH belum menemukan jodoh buat mereka," ujarnya.
Jika kedudukan kewangan kukuh, katanya, ambil anak yatim dan bela seperti anak sendiri.
"Dengan cara itu ia dapat menghilangkan rasa sunyi dan dapat berkongsi kasih sayang dengan mereka," katanya.
Katanya lagi, jika ditakdirkan jodoh tiba tatkala usia sudah bertambah, jangan sekali-kali tolak sebaliknya terima dengan hati yang terbuka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!