Dipecat kerana bawa gambar PM India dalam troli sampah
NEW DELHI - Seorang pekerja perbandaran di Mathura, Uttar Pradesh dipecat pada Ahad selepas tular sebuah video yang menunjukkan dia membawa gambar bekas Presiden India, APJ Abdul Kalam: Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath di dalam troli sampah.
Selepas video itu tular di media sosial, pekerja sanitasi itu telah dipecat serta-merta daripada pekerjaannya oleh pentadbiran Mathura.
Menurut Satyendra Tiwari iaitu pegawai tinggi Perbadanan Perbandaran Mathura, perkhidmatan kontrak pekerja tersebut dikenali sebagai Bobby telah ditamatkan atas tuduhan cuai.
Ini adalah kerana terdapat gambar Perdana Menteri India dan Ketua Menteri yang berhormat di dalam troli sampahnya.
"Mengapakah dia tidak melihat gambar (itu) sebelum memasukkannya ke dalam troli sampah?"
Dalam video itu, beberapa lelaki boleh dilihat berhadapan dengan pekerja sanitasi itu dengan mengeluarkan gambar-gambar tersebut dari troli sampahnya.
Pekerja itu yang dikenali sebagai Bobby, 40, kedengaran berkata, bahawa dia menemui gambar-gambar itu di dalam sampah dan dengan itu dia meletakkannya di dalam trolinya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!