Haramkan pendanaan politik dari luar negara

MUHAMMAD
MUHAMMAD
A
A
A

SHAH ALAM - Pendanaan politik dari luar negara harus diharamkan bagi mengelak campur tangan pihak tertentu yang boleh mengancam kedaulatan negara.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, risiko amat besar jika sekiranya pihak asing mempengaruhi parti dan ahli politik di negara ini.

“Kita tidak mahu orang luar mempengaruhi serta menentukan siapa yang sepatutnya memimpin parti atau negara jika sekiranya pihak itu menang dalam pilihan raya seperti yang berlaku di beberapa buah negara luar sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, isu rasuah berkaitan pendanaan politik boleh memberikan persepsi negatif terhadap pentadbiran negara dan boleh mempengaruhi skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Malaysia.

“Punca utama perkara ini berlaku disebabkan negara masih tidak ada Akta Pendanaan Politik yang boleh mengatur satu sistem pembiayaan politik di mana derma berkenaan harus disalurkan kepada parti politik dan bukannya kepada individu,” tegasnya.

Jelas beliau, draf Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik itu sudah pun disediakan oleh kerajaan sejak 2020 tetapi belum dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Parti politik pemerintah dan juga pembangkang perlu bekerjasama untuk membentang RUU ini di Parlimen dan diluluskan secara bipartisan,” katanya

Beliau menambah, bagi mengelak penyalahgunaan kuasa, nilai derma juga perlu dihad, diaudit serta dilaporkan secara telus.

"Kita tidak mahu orang luar mempengaruhi serta menentukan siapa yang sepatutnya memimpin parti atau negara jika sekiranya pihak itu menang dalam pilihan raya seperti yang berlaku di beberapa buah negara sebelum ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!