McDonald’s Malaysia kongsi rezeki daging korban di Kelantan

A
A
A

Mohamad Rizam (kanan) menyampaikan sumbangan daging korban daripada McDonald’s kepada seorang penerima.
Mohamad Rizam (kanan) menyampaikan sumbangan daging korban daripada McDonald’s kepada seorang penerima.

TIADA yang lebih bermakna buat keluarga asnaf di sekitar Kota Bharu, Kelantan apabila diraikan melalui sumbangan daging korban dan duit raya sempena Aidiladha kali ini.

Mereka yang terpilih itu menerima sumbangan daripada McDonald’s Malaysia yang diserahkan pada Majlis Pembayaran Zakat Korporat McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Sumbangan Korban kepada keluarga asnaf, pada Selasa.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, sebanyak 22 ekor lembu dikorbankan tahun ini di seluruh negara dan 12 ekor dikhususkan untuk golongan asnaf di Kelantan.

“Sempena Aidiladha kali ini, menjadi harapan kami agihan daging korban ini dapat meringankan beban keluarga asnaf untuk sama-sama meraikan perayaan.

Mohamad Rizam (kanan) menyampaikan sumbangan daging korban daripada McDonald’s kepada seorang penerima.
Mohamad Rizam (kanan) menyampaikan sumbangan daging korban daripada McDonald’s kepada seorang penerima.



“Ini merupakan sebahagian daripada usaha dan tanggung jawab sosial kami kepada masyarakat untuk mewujudkan impak positif dalam komuniti selain menyumbang kepada golongan yang memerlukan,” katanya yang ditemui pada majlis berkenaan.

Menurut Azmir, bagi tahun ini, McDonald’s Malaysia membayar zakat korporat berjumlah RM200,000 kepada MAIK.

Pembayaran zakat korporat ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibayar kepada negeri Kelantan sejak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat korporat pada tahun 2017 iaitu sejak diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Sebahagian keluarga asnaf yang hadir untuk menerima daging korban dan bantuan daripada McDonald's.
Sebahagian keluarga asnaf yang hadir untuk menerima daging korban dan bantuan daripada McDonald's.



Azmir turut memberitahu, sehingga tahun ini McDonald’s Malaysia telah membayar zakat korporat berjumlah RM9.85 juta sejak syarikat mula membayar zakat enam tahun lalu.

Majlis pembayaran zakat korporat dan sumbangan korban disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIK, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Penerima terharu

Beberapa asnaf yang ditemui bersyukur menjadi penerima sumbangan dan menyifatkan inisiatif McDonald’s Malaysia itu dapat menceriakan suasana hari raya keluarga mereka walaupun serba kekurangan.

SITI HULWANI
SITI HULWANI



Ahli Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan, Siti Hulwani Mohamad, 47, menyifatkan bantuan itu dapat meringankan beban beliau dan suami membeli lauk harian untuk lima anak mereka.

Penjual kerepek itu juga memberitahu ada menerima daging korban yang diagihkan oleh penduduk setempat untuk keluarganya sempena hari raya tahun ini.

“Alhamdulillah rezeki kami untuk Aidiladha kali ini. Dapatlah mengurangkan beban perbelanjaan untuk membeli lauk harian. Terima kasih kepada McDonald’s dengan sumbangan ini,” katanya.

ABDUL MANAN
ABDUL MANAN



Seorang lagi penerima, Abdul Manan Seni, 55, dari Kampung Lembah Sireh, juga menganggap pemberian daging korban dan bantuan berkenaan dapat mengurangkan perbelanjaan bulanannya.

Katanya, sebagai pekerja buruh dan kenaikan harga barang kini, pemberian itu antara ‘penyelamat’ yang dapat mengurangkan bebannya.

“Alhamdulillah, syukur walaupun terpilih pertama kali sebagai penerima tetapi ia dapat menceriakan kami,” katanya.

Reaksi

MAHAZAM
MAHAZAM



“Saya bersyukur kerana terpilih buat pertama kali menerima sumbangan ini. Terima kasih McDonald's kerana tidak melupakan tanggungjawab terhadap golongan asnaf dan sentiasa berkongsi keperluan golongan seperti kami.” - Pengawal keselamatan, Mahazam Daud, 47.

AIMI NUR ASHILA
AIMI NUR ASHILA



“Apa yang McDonald's kongsikan ini menunjukkan mereka prihatin terhadap golongan memerlukan. Sebagai ibu tunggal empat anak tentulah saya gembira menerima bantuan dan daging korban sebanyak tiga kilogram ini.” – Ibu tunggal, Aimi Nur Ashila Mohd Sohimi, 32.

ROSNANI
ROSNANI



"Perkongsian daripada McDonald's ini dapat menceriakan kami dan golongan memerlukan. Saya juga ada menerima daging daripada rakan-rakan yang buat ibadah korban. Alhamdulillah kerana memilih keluarga saya.” - Suri rumah, Rosnani Yusoff, 36.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!