Profesor bakal didakwa buat tuntutan palsu RM66,000
KOTA KINABALU - Seorang pensyarah berstatus profesor di sebuah universiti di negeri ini bakal didakwa di mahkamah kerana mengemukakan tuntutan palsu melibatkan dana penyelidikan bernilai RM66,000.
Menurut sumber, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada jam 10 pagi Selasa.
Difahamkan tuntutan palsu itu melibatkan dana penyelidikan namun tiada perbelanjaan dilakukan.
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
"Suspek dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
"Suspek dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!