Polis kesan pemandu 7 kereta Singapura pandu secara berbahaya

Tangkap layar video tular memaparkan kereta bernombor pendaftaran Singapura yang memotong secara berbahaya.- Foto Facebook (Gambar kecil: Hussin)
Tangkap layar video tular memaparkan kereta bernombor pendaftaran Singapura yang memotong secara berbahaya.- Foto Facebook (Gambar kecil: Hussin)
A
A
A

KOTA TINGGI - Polis sedang mengesan pemandu tujuh kereta bernombor pendaftaran Singapura yang memandu dan memotong secara berbahaya sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Hussin Zamora berkata, bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kota Tinggi telah mengesan rakaman klip video mengenai konvoi tujuh kenderaan yang tular di media sosial.

Katanya, siasatan dilakukan mendapati kejadian tersebut berlaku di Kilometer 42 Jalan Sg Rengit-Kota Tinggi arah Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar/Sungai Rengit.

"Pihak polis sedang mengesan kesemua pemandu kereta terbabit. Polis Daerah Kota Tinggi memohon kerjasama pemilik kenderaan agar dapat hadir ke bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik IPD Kota Tinggi bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah kaedah 6 (1) LN166/59 iaitu memotong secara berbahaya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Video berdurasi 2 minit 35 saat itu memaparkan beberapa kenderaan mewah bernombor pendaftaran Singapura memotong secara berbahaya di garisan berkembar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!