Pura-pura beli rokok sebelum merompak
KEMAMAN - Seorang ibu tunggal empat anak kerugian kira-kira RM30,000 apabila kedai runcitnya dirompak tiga penjenayah bersenjata pisau dalam kejadian di Jalan Jerangau-Jabor, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, 3 Disember lalu, mangsa yang berusia 38 tahun berputih mata setelah pelbagai barang kemas miliknya dilarikan penjenayah terbabit.
Menurutnya, ketika mangsa pergi ke kaunter untuk mengambil rokok, suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukan senjata itu di leher mangsa sambil mengarahkan mangsa supaya tidak membuat bising.
"Namun mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum dua lagi lelaki bertopeng datang dan mengarahkan empat anak mangsa berusia antara 2 hingga 15 tahun masuk ke dalam bilik tidur."Anak perempuan mangsa yang berumur 15 tahun turut diikat menggunakan dawai di tembok kayu dan mangsa diminta menyerahkan wang namun wanita itu memaklumkan dia tidak ada duit," katanya.
Mohd Said berkata, mangsa kemudian dibawa ke bilik tidurnya dan diugut akan dibunuh sekiranya tidak mahu memberikan wang menyebabkan mangsa yang ketakutan menyerahkan barangan kemasnya yang dianggarkan bernilai RM30,000.
Katanya, polis kini sedang memburu suspek selepas mangsa membuat laporan di Balai Polis Ayer Puteh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!