SPRM tahan setiausaha politik terima suapan jam RM28,000

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik kerana disyaki menerima suapan seutas jam tangan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000, hari ini.

Menurut sumber, lelaki 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Difahamkan siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai menerima jam tangan mewah itu sebagai dorongan membolehkan sebuah syarikat pembangunan mendapatkan projek-projek sebuah kementerian.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret Putajaya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!