Huffaz jadi rebutan
SHAH ALAM - Tanggapan masyarakat bahawa individu lulusan pendidikan tahfiz dan golongan huffaz (penghafal al-Quran) hanya sesuai menceburi kerjaya dalam bidang berkaitan agama sahaja harus diperbetulkan.
Sebaliknya, perunding motivasi Profesional Huffaz (Profazz), Suhayl Salmi menegaskan, kelebihan kedua-dua golongan itu yang menghafal 30 juzuk al-Quran seharusnya dijadikan nilai tambah kepada mereka yang menceburi bidang profesional.
“Ramai huffaz telah menceburi kerjaya profesional seperti doktor, peguam, malah ada memilih dunia perniagaan dan mampu bergelar usahawan berjaya.
“Sesiapa sahaja boleh menghafal al-Quran tetapi mengaplikasikannya dalam kehidupan itu yang susah. Penting untuk berakhlak, amalkan al-Quran di tempat kerja dan hidupkan syiar Islam di semua institusi yang ada.
“Jika kita mendalami al-Quran, tuntutan bukan sekadar menjadi ustaz atau ustazah, malah menjadi satu kerugian bagi orang yang belajar (al-Quran) tetapi hanya amalkan di dalam masjid sahaja,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Baca berita penuh di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!