Warga emas jatuh Sungai Simpang Kanan ditemui lemas

Pasukan mencari dan menyelamat mengangkat dan menaikkan mayat mangsa yang ditemui di Parit Selulun Batu Pahat pada Rabu. - Foto Polis Batu Pahat
Pasukan mencari dan menyelamat mengangkat dan menaikkan mayat mangsa yang ditemui di Parit Selulun Batu Pahat pada Rabu. - Foto Polis Batu Pahat
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang warga emas yang dikhuatiri terjatuh dari jambatan Sungai Simpang Kanan di Tongkang Pechah di sini, pada Selasa ditemui lemas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mayat lelaki berusia 68 tahun itu ditemui jam 12.55 tengah hari pada Rabu di Parit Selulun di sini, kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

"Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk bedah siasat.

"Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan Sungai Simpang Kanan berdasarkan sepasang selipar yang ditemui di atas jambatan berkenaan.

Selain itu, polis juga menemukan sebuah motosikal yang ditinggalkan di bahu jalan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat melibatkan 33 pegawai dan anggota Polis, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!