ZPP bantu mangsa banjir di Baling
BUKIT MERTAJAM - Prihatin dengan nasib yang dialami mangsa banjir dan kepala air di Baling, Kedah membuatkan Zakat Pulau Pinang (ZPP) tampil menghulurkan bantuan.
Misi bantuan kemanusiaan diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amran Hazali bukan sahaja bergotong royong membersihkan beberapa rumah yang terkesan, malah turut membawa pek bantuan makanan untuk meringankan beban mangsa banjir terlibat.
Menurutnya, seramai 30 kakitangan termasuk pasukan peduli asnaf terlibat dalam misi kali ini.
"Pasukan peduli asnaf yang diketuai Timbalan Ketua Pegawai EKsekutif (Operasi) ZPP, Mohamad Kairi Ghazalli melaksanakan aktiviti membersihkan kawasan rumah yang masih lagi dipenuhi lumpur.
"Malah mereka juga membawa 65 hamper makanan kepada untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Iboi," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
Sementara itu, Amran berkata, pihaknya turut menyampaikan 7,000 pakaian seragam sekolah buat murid yang terlibat dalam bencana banjir baru baru ini.
Katanya, setiap murid akan menerima tiga pasang seragam sekolah terbabit yang akan diedarkan di Sekolah Kebangsaan Iboi, Baling
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!