Wickremesinghe dipilih Presiden baharu Sri Lanka

Presiden Sri Lanka baharu, Ranil Wickremesinghe. - AFP
Presiden Sri Lanka baharu, Ranil Wickremesinghe. - AFP
A
A
A

COLOMBO - Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe dipilih sebagai Presiden Sri Lanka baharu oleh Parlimen negara itu pada Rabu yang disokong bekas Presiden, Gotabaya Rajapaksa yang lari ke luar negara.

Keputusan rasmi menunjukkan Wickremesinghe memperoleh 134 undi dalan undian Parlimen tiga penjuru dengan lawan utamanya, Dullas Alahapperuma mendapat 82 undi dan pemimpin parti berhaluan kiri, Anura Dissanayake hanya mendapat tiga undi.

"Perpecahan kita sudah berakhir," kata Wickremesinghe, 73, dalam satu ucapan ringkas di Parlimen sambil menawarkan Alahapperuma 'menyertai dan bekerjasama' membawa negara keluar dari krisis ekonomi teruk.

Beliau turut berharap untuk mengangkat sumpah pada malam Rabu dalam upacara ringkas di bangungan Parlimen yang dikawal ketat. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!