Peralihan tenaga bawa pelaburan, peluang pekerjaan
Takiyuddin
A
A
A
Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan menyasarkan kumulatif pelaburan langsung bernilai RM53 bilion atau ASD12 bilion dan 47,000 peluang pekerjaan diwujudkan menerusi peralihan itu.
"Peralihan (tenaga) itu boleh dicapai menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia yang memfokuskan kepada empat sumber utama tenaga boleh baharu iaitu suria, biojisim, biogas dan hidro. Negara komited dalam membangunkan sektor tenaga yang mantap, stabil dan rendah karbon serta ia diletakkan dalam agenda pembangunan negara.
"Hasrat tersebut terdapat dalam banyak dasar kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Ini menunjukkan komitment kerajaan dalam memastikan satu sistem tenaga yang stabil, saksama dan lestari di Malaysia,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri KeTSA, Datuk Ali Biju sebelum merasmikan Forum Kuasa Bersih dan Tenaga Baharu Tahunan Kedua pada Rabu.
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, peralihan sektor tenaga Malaysia tidak boleh dicapai tanpa penyertaan sektor swasta dan percaya dengan sokongan semua pemain industri tenaga, aspirasi Malaysia ke arah masa depan yang lebih bersih akan menjadi realiti. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!