Tengku Permaisuri Selangor sertai Larian Menjunjung Kasih

Capture
Capture
A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan menyertai Larian Menjunjung Kasih 2018 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini.

Acara larian yang masuk tahun keempat penganjurannya itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-73, Selasa ini dan ia bermula pada jam 7.30 pagi tadi dengan penyertaan kira-kira 8,000 peserta.

Turut berlari sejauh 5 kilometer (km) bersama Tengku Permaisuri Norashikin adalah isteri Menteri Besar Selangor, Masdiana Muhammad.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang turut hadir pada program itu melepaskan peserta bagi kategori larian disertai baginda.

Terdahulu, Tengku Permaisuri Norashikin melepaskan peserta lelaki dan wanita bagi dua kategori larian yang dipertandingkan iaitu 15 km dan 10 km.

Majlis Sukan Negeri Selangor, selaku penganjur acara larian itu dalam kenyataannya berkata program berkenaan bertujuan untuk memupuk masyarakat supaya mengamalkan cara hidup sihat dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!