Dybala tolak pakai nombor Totti di Roma

Dybala bergambar bersama jersi berserta nombor yang akan dipakainya bersama Roma.
Dybala bergambar bersama jersi berserta nombor yang akan dipakainya bersama Roma.
A
A
A

PEMAIN baharu AS Roma, Paulo Dybala menolak tawaran diberikan pasukannya untuk menyarung jersi nombor 10 memandangkan dia percaya ia masih dimiliki legenda kelab itu, Francesco Totti.

Menurut Dybala, dia kini lebih selesa untuk menyarung jersi bernombor 21 sambil memberi bayangan mungkin akan mempertimbangkan untuk memakai nombor 10 itu pada masa akan datang.

“Saya ada bercakap dengan pengurus dan dia bertanyakan sama ada saya mahu memakai jersi nombor 10 yang mana ia sangat ikonik buat peminat Roma kerana pernah digunakan oleh legenda kelab ini, Francesco Totti.

“Bagi saya, nombor jersi itu patut dikekalkan sebagai milik Totti kerana dia merupakan individu penting dalam pasukan ini.

“Saya berterima kasih atas tawaran ini, namun ketika ini saya perlu menolaknya dan akan menggunakan nombor 21. Bagaimanapun saya tidak menolak mungkin akan memakai nombor 10 satu hari nanti,” katanya.

Sebelum ini, Dybala bersetuju untuk menyertai Roma secara percuma selepas kontraknya bersama Juventus tamat pada musim lalu.

Difahamkan pemain itu bersetuju untuk menandatangani perjanjian tiga tahun dengan Roma bernilai €6 juta (RM40.5 juta).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!