Jangan buat spekulasi, salur maklumat kepada polis

Zalina Azman dilaporkan hilang oleh anaknya pada 29 November tahun lalu. Gambar kecil: Mohd Iqbal
Zalina Azman dilaporkan hilang oleh anaknya pada 29 November tahun lalu. Gambar kecil: Mohd Iqbal
A
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kehilangan bekas pembaca berita TV3, Zalina Azman yang dipercayai hilang sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan berkaitan kes tersebut masih dijalankan dari setiap sudut.

"Polis menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian kerana ia akan mengganggu siasatan yang dijalankan.

"Setakat ini tiada sebarang petunjuk terbaharu atau laporan yang diterima berkaitan kes ini," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Bagaimanapun katanya, kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan kes ini amat dialukan.

"Pihak polis mengalukan orang ramai untuk salurkan maklumat sehingga Zalina berjaya ditemui," katanya.

Pada Isnin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengeluarkan hebahan mengenai kehilangan Zalina pada 24 November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkaitan kehilangan dibuat anak mangsa yang mendakwa gagal menghubungi ibunya sejak 24 November.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!