Fissette tidak lagi bersama Naomi
JURULATIH Naomi Osaka sejak 2019, Wim Fissette mengesahkan tidak lagi bersama bekas pemain nombor satu tersebut yang kini diranking 38 dunia.
"Satu penghormatan dapat melatih Naomi sejak 2019 dan melihat dia berkembang menjadi juara seperti hari ini.
"Dia telah memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk 'jatuh cinta' dengan tenis dan bersuara untuk apa yang mereka percayai.
"Sesungguhnya sesuatu yang luar biasa apabila dapat menjadi sebahagian perjalanan karier Naomi. Saya doakan yang terbaik untuk anda disebalik keterujaan saya menantikan cabaran seterusnya," kata Fissette.
Sepanjang mengendalikan Naomi, Fissette berjaya mengemudi pemain dari Jepun berusia 24 tahun itu meraih gelaran Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada 2020 diikuti Terbuka Australia tahun berikutnya.
Fissette sebelum ini pernah melatih beberapa pemain tenis terkemuka lain termasuk Victoria Azarenka, Kim Clijsters dan Simona Halep.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!