Polis kesan individu terlibat pergaduhan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GOMBAK - Polis mengesan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah kafe di Pusat Komersil Anggun City, Bandar Country Homes, Rawang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian tersebut dikesan menerusi satu video tular di media sosial.

"Video berdurasi dua minit 38 saat itu memaparkan satu pergaduan melibatkan dua lelaki di hadapan kafe tersebut.

"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

"Oang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nur Azrul Amirul Bin Mustafa di talian nombor 03-61262222 dan 011-12300778,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!