Tuntutan waris Sultan Sulu: Warisan gesa sidang khas DUN Sabah
Mohd Shafie dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong, Kota Kinabalu pada Khamis.
A
A
A
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sidang khas itu perlu diadakan untuk membahaskan isu-isu keselamatan bagi mengelak kejadian pencerobohan di Lahad Datu berulang.
"Saya akan hantar surat minta sidang khas (untuk bahas isu keselamatan). Tak mungkinlah sidang ditolak hari Isnin, maka ditolak lagi hari Khamis.
"Apa jadi kalau ada kejadian lagi, pembolosan seperti di Tanduo, baru kita hantar aset keselamatan dari Semenanjung. Baru kita nak hantar helikopter dari Labuan yang jauh jaraknya, tiada helikopter di Semporna, tidak ada pun helikopter di Lahad Datu dan Tawau.
"Ke mana kita mahu menjaga keselamatan manusia kalau masalah ayam pun tidak boleh diselesaikan. Ini masalah keselamatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong di sini pada Khamis.
Beliau dalam pada itu sekali lagi menyatakan kekesalannya apabila usul dihantar ditolak DUN Sabah dengan alasan yang tidak munasabah termasuk di Dewan Rakyat.
"Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia, ini undang-undang diluluskan di United Kingdom perjanjian 1963 telah pun diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), referendum telah pun dibuat dan kedaulatan Sultan Sulu tidak ada di Filipina.
"Undang-undang apa yang kita bimbang sangat nak didedahkan. Mereka di Filipina bincang di dewan kongres mereka, bincang dalam forum, mereka tidak bimbang tentang tuntutan.
"Yang kita bimbang ini nyawa manusia, bukan kita iktiraf (tuntutan) tetapi itu bukan alasan yang munasabah," katanya.
Pada Khamis, usul yang dibawa Mohd Shafie selaku Ketua Pembangkang Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang sekali lagi ditolak Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.
Speaker menyatakan usul itu ditolak berdasarkan peraturan tetap 23A (2) iaitu mana-mana usul yang ditolak di bawah perenggan satu tidak boleh dikemukakan dan tidak boleh dibacakan dalam majlis mesyuarat.
Sementara itu, pada sidang Dewan Rakyat pada Rabu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menjelaskan bahawa isu tuntutan waris kesultanan Sulu tidak dibahaskan bagi mengelak segala strategi dan perancangan kerajaan dalam mendepani kes yang masih berjalan di mahkamah itu diketahui pihak lawan.
caption
1.
tamat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!