Pemandu lori dipenjara enam tahun

Nagaraj (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka, pada Khamis.
Nagaraj (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Melaka, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan pecah masuk premis dan ugutan.

Mengikut pertuduhan pertama, N Nagaraj, 37, didakwa melakukan pecah rumah dan melarikan peti duit serta dua unit telefon bimbit.

Tertuduh dakwa melakukan perbuatan itu di sebuah syarikat di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh antara jam 12.07 malam hingga 12.55 malam pada Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memeras ugut hingga mencederakan seorang warga emas, Rose Tan, 89, di Taman Aunler, Kampung Lapan Tengkera, di sini pada jam 9.30 malam, 4 Oktober 2014.

Majistret Mazana Sinan memerintahkan hukuman terhadap tertuduh bermula dari tarikh tangkapan pada 12 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Ehsan Nasruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!