Lebih 15 juta penduduk Yaman kebuluran

Kebanyakan penduduk tidak mampu membeli makanan disebabkan harga yang sangat tinggi. - Foto Xinhua
Kebanyakan penduduk tidak mampu membeli makanan disebabkan harga yang sangat tinggi. - Foto Xinhua
A
A
A

SANAA - YAMAN. Lebih 15.9 juta rakyat Yaman bangun setiap hari dalam keadaan lapar dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga 20 juta orang.

Menurut statistik Program Makanan Sedunia, hampir tiga juta kanak-kanak dan wanita hamil atau menyusu mengalami kekurangan zat makanan, termasuk 400,000 budak di bawah lima tahun menderita akut kurang zat makanan yang teruk.

Pemilik kedai sayuran Mohammed al-Hobayashi turut terkesan dan mengalami kerugian apabila orang ramai tidak mampu membeli di kedainya.

“Ramai orang tidak mampu membeli walaupun sekilo tomato. Harga barangan terlalu tinggi disebabkan kos pengangkutan antara bandar yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, penduduk Maeen al-Arasi memberitahu kebanyakan jirannya tidur dalam keadaan lapar dan hanya mampu makan sekali sehari.

“Sebelum perang tercetus, keadaan kami baik. Tetapi selepas empat tahun situasi kemanusiaan dan ekonomi semakin meruncing, harga makanan naik tiga kali ganda. Jiran saya hanya mampu sekali sahaja,” luahnya.

Perang saudara yang kini masuk tahun kelima juga merupakan punca utama keruntuhan ekonomi yang sekali gus menyebabkan kebuluran besar-besaran di negara itu.

Pegawai Kementerian Industri dan Perdagangan, Bassam al-Gharbani berkata, import menurun kurang daripada separuh pada tahun lalu atau 60 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelum perang. - Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!