Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat meninggal dunia
SHAH ALAM - Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jusi dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui perkongsiannya pada Khamis turut berduka dan mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham.
“Menerima khabar duka, sahabat lama saya yang juga mantan Ahli Parlimen Batu Pahat dan pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Mohd Idris Jusi telah meninggal dunia.
“Saya utuskan salam takziah kepada keluarga. Semoga mereka tabah menempuh dugaan ini.
"Moga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Khamis.
Allahyarham yang juga calon PKR sebelum ini pernah bertanding di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan menewaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!