Enam ahli keluarga Zalina Azman dirakam percakapan
SHAH ALAM - Enam ahli keluarga bekas pembaca berita TV3, Zalina Azman yang dipercayai hilang sejak November tahun lalu telah dirakam percakapan setakat ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, rakaman keterangan diambil selepas laporan polis dibuat mereka sebelum ini.
"Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan, dan kita telah rakam keterangan enam ahli keluarga Zalina," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pihaknya juga kini sedang menyiasat dakwaan pengubahsuaian di rumah milik Zalina terhenti beberapa bulan sebelum kehilangannya.
"Polis sedang menyiasat dakwaan tersebut dan pekerja terlibat sedang dikesan untuk dirakam keterangan," katanya.
Pada Isnin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam mengeluarkan hebahan mengenai kehilangan Zalina.
Mohd Iqbal berkata, laporan berkaitan kehilangan dibuat anak mangsa yang mendakwa gagal menghubungi ibunya sejak 24 November 2021.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!