Pungut Jagung di Waktu Panas

A
A
A
Pemungut hasil tanaman jagung melakukan kerja-kerja di bawah cuaca panas terik ketika tinjauan Bernama di sebuah ladang jagung di Jalan Kuala Kangsar hari ini.

Ketika negara menghadapi cuaca panas terik ketika ini, pemungut hasil jagung dilihat mengambil peluang dengan memungut hasil jagung seberapa banyak yang boleh.

Menurut mereka, menebas pokok jagung pada cuaca panas lebih mudah kerana risiko serangan haiwan berbisa seperti ular tidak berlaku.

Secara lazimnya, ketika cuaca hujan, tanaman jagung sering dirosakkan oleh haiwan tersebut, tetapi lain pula ketika cuaca panas, baja racun yang disembur di pokok jagung dapat menghindar dan mematikan ular yang sering merosakan tanaman jagung.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), negara dijangka tidak akan mengalami cuaca panas ekstrem atau kemarau berpanjangan, namun masyarakat terus diingatkan supaya terus menjaga kesihatan dengan meminum air yang banyak bagi mengelakkan daripada mengalami strok haba ketika cuaca panas dan kering pada masa ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan

No Image Caption
GALERI

Squid Game di MRT Ampang Park

No Image Caption
GALERI

Pasar Besar Kedai Payang

No Image Caption
GALERI

Pameran Alice Saves Wonderland