Op Rentas Sempadan: 1,294 notis atas pelbagai kesalahan
Anggota JPJ memeriksa muatan kenderaan semasa Ops Khas Rentas Sempadan di Tol Skudai di sini hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, sebanyak 968 daripada 1,070 kenderaan yang diperiksa dalam operasi yang berakhir hari ini dan memfokuskan kenderaan perdagangan itu, dikenakan tindakan.
"Sebanyak 384 daripadanya membabitkan pemandu kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan seperti membawa lebih muatan atau muatan berbahaya, kesalahan teknikal dan memandu kenderaan berat di lorong kanan secara berterusan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Op Khas Rentas Sempadan di tol Skudai di sini hari ini.
Beliau berkata, kesalahan membawa lebih muatan dan muatan berbahaya dikenal pasti paling tinggi dilakukan oleh pemandu kenderaan barangan selain kesalahan memandu kenderaan berat di lorong kanan secara berterusan amat membahayakan pengguna jalan raya lain dan boleh menyebabkan kemalangan maut.
Azmil Zainal berkata, operasi itu turut memberi tumpuan kepada pemandu warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) untuk tujuan perniagaan.
Beliau berkata, sebanyak 37 kenderaan dipandu warga asing melibatkan 19 warga Myanmar, Pakistan (lapan), Bangladesh (enam) dan Nepal (empat) disita. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!